Tuesday, 22 January 2019

RESEPI AYAM PANGGANG LADA HITAM


RESEPI AYAM PANGGANG LADA HITAM





Bahan-bahannya :

● 1/2 ekor ayam size kecil

● *1/2 labu bawang putih - parut

● *2 inci halia - parut

● 1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar

● 2 sudu besar kicap manis/pekat

● 1 sudu besar sos tiram

● 2 sudu besar madu

● garam sedikit

● minyak zaitun


Cara-caranya :


1. Gaul ayam dgn halia,bwg putih, kicap, lada hitam, sos tiram, madu, dan sedikit garam. Masukkan dalam mangkuk tahan panas/loyang. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.


2. Panaskan oven 180C. Curahkan minyak zaitun ke atas ayam (bleh tukar butter) dan bakar selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 20min jirus2kan air ayam yg keluar ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Wednesday, 16 January 2019

MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE


MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE















Bahan A
1 cawan gula pasir

1 cawan serbuk koko

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak mazola
Semua bahan ini dicampurkan sekali dan digaul sebati dengan memasaknya di atas api perlahan sehingga gulanya larut. Kemudian, bila sudah sebati, biarkan sejuk dahulu.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Ayakkan semua bahan ini.

Bahan C
4 biji telur – dipukul sampai kembang

Bahan D
250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan pengukus.
2. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang-seli. Kemudian gaul menggunakan senduk hingga sebati.
3. Dalam bekas yang lain, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Adun bahan-bahan ini hingga sebati.
4. Masukkan telur dan gaulkan di dalam bekas adunan tadi hingga sebati (tekstur berkrim).
5. Sediakan loyang yang siap digris dan lapikkan dalam loyang tersebut; kertas kalis minyak.
6. Masukkan adunan bahan A diikuti adunan bahan D secara berselang-seli ke dalam loyang tadi.
7. Kukus selama 1.5 jam atau sehingga masak. Sila tahan tangan anda daripada membuka tudung pengukus semasa proses mengukus terutamanya dalam 45 minit yang pertama kerana takut kek itu menjadi mendap kerana belum set.

Selamat mencuba ^^